KUALA LUMPUR, 14 JAN: Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan dan terima kasih beliau atas sikap profesionalisme Jabatan Peguam Negara (AGC), yang mengumumkan untuk tidak mendakwa mana-mana pihak, berhubung dakwaan serangan seksual oleh seorang ahli politik, kerana tidak terdapat cukup keterangan untuk berbuat demikian.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa saksi lain yang berkaitan untuk memberi keterangan susulan dakwaan Muhammed Yusoff Rawther dirinya dicabul presiden PKR itu.
AYER KEROH, 7 DIS: Kerajaan Persekutuan perlu lebih tegas dalam menangani masalah jerebut termasuk meminta syarikat yang meraih keuntungan besar untuk bersama-sama menyumbang bagi mengurangkan kesan fenomena berkenaan.
SHAH ALAM, 6 DIS: Polis digesa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap indisen pergaduhan yang berlaku di luar Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Pemimpin kerajaan Pakatan Harapan perlu lebih banyak turun ke lapangan bagi mendalami masalah rakyat termasuk golongan petani.
KUALA LUMPUR, 9 NOV: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Petronas, digesa supaya menyediakan latihan intensif tambahan untuk siswazah baharu dari kumpulan B40 bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran mereka.
SHAH ALAM, 30 OKT: Institusi zakat di Malaysia diseru menggalas tanggungjawab dengan telus dan amanah, supaya pengagihan bantuan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.
BUKIT MERTAJAM, 13 OKT: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) dalam menangani isu keganasan termasuk penahanan beberapa pemimpin berkaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
JAKARTA, 10 OKT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menziarahi keluarga Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie), bekas presiden Indonesia di kediaman Allahyarham di Patra Kuningan, Jakarta, malam tadi.
PORT DICKSON, 5 OKT: Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui kerajaan sukar menunaikan manifestonya, bukan bermaksud untuk meremehkan manifesto Pakatan Harapan (PAKATAN), kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 5 OKT: Kerajaan perlu meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan pada 1 September tahun lalu dengan melakukan penambahbaikan jika perlu daripada mengubahnya.
SINGAPURA, 20 SEPT: Masa depan ASEAN tidak boleh ditentukan oleh China atau Amerika Syarikat (AS), kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggesa anggota perkumpulan serantau itu untuk mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua kuasa besar itu.
KOTA KINABALU, 18 SEPT: Kerajaan perlu mengkaji semula kadar kemiskinan di Malaysia ekoran laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa peratusan kemiskinan di negara ini adalah 15 peratus, bukan 0.4 peratus seperti yang dilaporkan pada 2016.
KOTA KINABALU, 18 SEPT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menyelesaikan hal berkaitan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara baik apabila tiba giliran menjadi perdana menteri kelak.
SEREMBAN, 17 SEPT: Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan penduduk di daerah berkenaan menghadkan aktiviti di luar premis ekoran bacaaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap sangat tidak sihat.
KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kempen anjuran pihak tertentu yang menyeru pemboikotan produk berdasarkan kaum dan agama, dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak sihat’.
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengusulkan cadangan menjadi sebahagian daripada anggota jemaah Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun dijangka wujud rombakan kecil dalam portfolio menteri nanti.
PUTRAJAYA, 29 OGOS: Tun Dr Mahathir Mohamed membayangkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi anggota Kabinet dalam perubahan kecil portfolio jemaah menteri kerana tiada kekosongan buat masa ini.
KUALA TERENGGANU, 24 OGOS: Tiada berlaku perpecahan ataupun wujud dua kem dalam KEADILAN, tegas presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUCHING, 29 JULAI: Ketua Umum Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu PAKATAN Sarawak menangani pengaruh negatif, perkauman dan pemikiran yang sempit, dalam menghadapi pilihan raya negeri ke-12.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.